Tuesday, July 23, 2013

PINJAMAN BANK UNTUK MEREKA YANG BEKERJA SENDIRI


Mungkin ini menjadi salah satu tanda tanya kepada mereka yang bekerja sendiri. Maklumlah, berkeja sendiri nie.. manalah ada slip gaji untuk dijadikan bukti pendapatan?
Saya pun pernah menghadapi delima ini, nak beli kereta, nak beli rumah… takkan nak beli cash kot? Rugi rasanya, baik gunakan duit tu untuk benda lain yang lebih bermanfaat seperti mengembangkan perniagan ke? buat pelaburan-pelaburan yang sah dan menguntungkan ke? Itu lebih baik rasanya..
Jadi, bagaimana yer?
Bila baca kat website bank. Mereka kata, mereka perlukan slip penyata gaji! Kalau bagi individu yang bekerja sendiri, perlu kemukakan penyata akaun bank selama 3 @ 6 bulan sebagai bukti pendapatan!
Nasib baiklah saya ada membuat pendaftaran syarikat & juga membuka akaun khas untuk syarikat. (So, bagi anda yang menjalankan SOHO tetapi belum daftar syarikat & belum buka akaun syarikat tu, better anda lakukan segara, nanti kalau nak beli rumah ke kereta ke, senang lah sikit.. :))
Satu persoalan yang timbul di fikiran saya, apakah yang pihak bank “pandang” pada penyata akaun bank tersebut? ? Apakah yang menjadi ukuran? Adakah dari jumlah wang yang terkumpul? Adakah dari baki semasa? Adakah dari jumlah wang masuk? Adakah dari bilangan transaksi?  atau dari status perkahwinan pemiliknya? … Oh!
Jadi, untuk mendapatkan jawapan kepada semua persoalan serta  memuaskan hati…. maka, saya telah pergi ke bank dan berjumpa terus dengan pegawai di bahagian pinjaman mereka… hasil dari perjumpaan tersebut, barulah saya mendapat gambaran yang sebenar. Sementara gambaran tersebut masih jelas~~ maka  saya ingin kongsikan info tersebut  kepada semua pembaca blog ini..
Jadi.. bersedia…..
Jika anda ingin tahu, adakah anda layak atau tidak untuk membuat pinjaman, sama ada untuk membeli rumah atau kereta, dan berapakah jumlah wang yang layak anda pinjam? Penyata akaun bank bagi perniagaan anda memainkan peranan penting..
Apa yang perlu anda lakukan, dapatkan 6 bulan atau 3 bulan penyata bank anda….
Lihat pada jumlah kredit (wang masuk) pada setiap bulan.. abaikan baki semasa dan juga jumlah wang keluar.
Contohnya.
Bulan 1 : RM30,000 jumlah wang masuk
Bulan 2 : RM25,000 jumlah wang masuk
Bulan 3 : RM35,000 jumlah wang masuk
Jadi, purata pendapatan anda ialah : (RM30,000 + RM25,000 + RM35,000) / 3 bulan = RM30,000
(kalau 6 bulan penyata bank, maka bagi 6 lah yer!)
Setelah dapat purata pendapatan, darab pula dengan 20% . Contoh..
RM30,000 X  20%  = RM6,000
Jadi, itulah gaji bulanan anda!
Ya.. itulah anggapan bank tentang wang gaji anda sebagai seorang yang bekerja sendiri..  RM6,000 sebulan
Dari Rm6,000 itu pula,  bank akan mengangap, hanya 60% sahaja yang boleh digunakan oleh anda untuk membayar segala hutang-piutang dalam hidup anda.  Tak kiralah hutang rumah ke? hutang kereta ke? ataupun hutang kredit kad?
Jadi, 60% dari  RM6,000 , ialah = RM3600.
Ini bermaksud, jika anda tidak mempunyai sebarang hutang lagi, maka anda layak untuk membuat pinjaman, dimana, bayaran bulanan bagi pinjaman tersebut ialah RM3600. (Iaitu pinjaman sekitar RM700,000 bagi pinjaman rumah)
Tetapi, jika anda sudah sedia ada hutang rumah, kereta, kad kredit, personal loan seperti  contoh di bawah..
Bayaran bulanan bagi hutang..
1. Kereta = RM1,000
2. Rumah = RM1,000
3. Kad Kredit = RM600
4. Personal Laon = RM500
———————————–
Total  : RM3,100
———————————-
Maka, untuk membuat hutang baru, pihak bank perlu pastikan, bayaran bulanan bagi pinjaman yang anda ingin mohon itu, mestilah  tidak melebihi RM500 ( RM3,600 (60% dari pendapatan) – RM3,100(jumlah bayaran bulanan hutang sedia ada) ).
Kalau pinjaman rumah, boleh beli rumah yang berharga sekitar RM100,000.
Itulah serba sedikit info berkenaan “kelayakan pinjaman bank bagi individu yang bekerja sendiri”… kalau anda ada info tambahan lain, atau jika ingin membetulkan info saya ini (manalah tahu kalau salah ke), harap sudi-sudikanlah untuk berkongsi di ruangan komen blog ini, terutama sekali bagi mereka yang bekerja di bank..

sumber:mahbna.blogspot.com

Thursday, July 18, 2013

b.u.a.h. h.a.t.i

b.u.a.h. h.a.t.i



Final exam dah lepas. Lulus atau tak aku malas nak fikir dah. Ada rezeki, adelah. Paper Neuro, Animal B dengan Immune rasa macam tandaseruhashtagduitperatus. Kehkehkeh.

Sekarang ni aku mau fokus pada buahati. Ngee~~

Kebelakangan ni asyik menumpukan pada beliau. Masa yg dihabiskan menghadap dia aku rasa lagi lama dari masa yg aku luangkan menghafal action potential dan aktiviti seksual kambing (yg tak keluar final. titik).







Perkenalkan... Cik Ampai

Haa... inilah dia buahati aku sekarang. syooomeelll kan beliau? mihmihmih. 

Nama Ampai ni aku terfikir waktu tengah solat terawikh kat Pusat Islam ... haha, nmpk tak betapa tak khusuknya aku time tu. Tapi bukan aku je yg tak khusyuk, si Wani keledek pun rupenye sempat pikio jugak name kedai.... Sweet Talker Dobi... wakakaka, jgn marah ea Wani, at least lg ok la dari...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kedai Runcit Pilihan Ramai... buah haruslah dijual.

wakakaka




Ok2...

Konsep Ampai adalah dobi dan kafe dalam satu kedai. Dah survey kedai2 dobi area KL ngan Shah Alam, setakat ni cuma jumpa satu je kedai yg konsepnye cenggini. Kedai Wash ur Gossips kat Seksyen 15 Shah Alam, sebelah Dataran Automobil. In fact, kedai ni merupakan yg pertama di Malaysia!

Setakat ni belum pernah masuk lagi, usha2 mcm nak rompak dari luar je lah. Konsep dia menarik gila! Laundromat + kafe mcm ni mmg biasa kat luar negara, maksod aku luar yg macam kat Australia dan New Zealand sane nun... bukan luar mcm Thailand, Singapura bagai2... 

Mula2 cadang nak bukak kat Kolej Unikop. Tempat aku carijodoh belajar waktu dip dulu. Lagipun kafe kat situ dah tutup. jadinya ingat nak sewa kafe tu. Tapi malangnya lepas ditanya oleh Wani merangkap rakan kongsi gelap, tempat tu bukan untuk disewakan. Sob..sob... tp disebabkan huruf ada 26 kesemuanya, maka moh le kite beralih ke plan B puler, masih lagi kat area Unikop. ^o^

Bukak bisnes ni salah satu perkara yg aku nak buat sebelum umo 30, tp x sangka plak akan seawal ni dah merancangnya, walaupun ada masa lagi 10 tahun sblm aku cecah 30~ *sila amik baldi merah kat tepi toilet 

Kena kerja keras banyak nak realisasikan benda ni. Rasa seronok sbb bisness ni akan dijalankan secara perkongsian dengan Team 1001. Kurang sikit risiko. Jadi aku harapkan geng2 akan bagi tumpuan dan kerjasama utk jalankan perniagaan ni. Bisnes tak akan jalan setakat cakap mulut. Kita bukan Allah, lafaz Kun fa ya kun tak berdiri megah kedai tu dengan sendirinya.

Banyak nak kena rancang, banyak nak kena buat kertas kerja. Banyak homework kena siapkan. Dan banyak hati yang akan terguris dalam perjalanan tu nanti. Kalau betul2 nak berjaya dengan bisnes ni, aku tagih komitmen sepenuhnya.   

Aku dah ada visi untuk Ampai 5, 10, 20 tahun nanti. Mungkin akan bermula sebagai kedai dobi layan diri biasa, ikut masa, akan tambah modal, akan dikembangkan jadi kafe. Mungkin akan bermula dengan jual makanan sedia hidang... contohnye Pai.... Am + Pai. hew hew hew. Mungkin boleh jadikan Pai sebagai signature dish kita... hoohooo. 


Serius ni.


Nak realisasikan Ampai perlukan modal yang banyak. So, kita teruskan dengan rancangan franchais FC dulu. Lepas pulang modal baru kita kembangkan Ampai. Boleh.


Tak kesahlaaa~~ Nak buat jugak.

Jadi, kepada rakan kongsi sekalian. Mari siapkan bisness plan kita, sebarang progress sila update kat Team.


Terima Kasih.