Friday, February 2, 2018

Friday, January 2, 2015

:: Blessed are people who see beautiful things in humble places, where other people see nothing...


"Kau bodo kau bodo kau bodo kau bodo kau bodo kau bodo kau bodo kau bodo..." Terkumat-kamit mulut si Polan bergerak.

"Excuse me...." Perlahan suara menyampuk.

"Kau bodo kau bodo kau bodo ingat aku suka sangat kerja sini... bodo piang toi, mentang2 ko manager ingat besar sangat ke...bodo bodo bodo bodo bodo" Mulut dia tak henti2 ulang ayat yg sama, antara dengar dan tidak.

"Excuse me, dik, nak oder... "

"Ha?.. ouh.. yup" Baru tersedar. Agak malu di situ.

"Ayam spicy satu set, extra thigh, switch curly fries, dgn twister, ikat tepi...itu saje"

"Baki RM2.30, sila tunggu sebelah sini." Dia senyum kelat.

"Terima kasih.... btw, orang tua2 cakap, kalau cakap 40 kali, jadi bodoh betul2 org tu nanti." Katanya si customer dengan muka selamber.


Vavi. Tu lah kau, mulut tak reti cover. Kalau kena report tak ke naya.

Eh, 40 kali?.... tadi dah berapa...


"Kau bodo kau bodo kau bodo kau bodo kau bodo kau bodo kau bodo kau bodo kau bodo...."

_________________________________________________________________________________

Kita semua pernah macam tu. Ok, mungkin bukan semua, dan mungkin tak guna carutan yang sama. Lagi ekstrem mungkin. Tapi asasnya, sebagai orang bawahan (baca: kuli) memang tak lepas maki hamun orang atasan. Pendek kata boss macam palat.

Bagi boss, semua kita buat tak kena. Itu salah, ini salah. Boss je yang betul, akal dia je yang panjang.
Lagaknya macam dia sorang lulus SPM. Kita2 ni PTS pun repeat. Dan si Polan pun berazam nak jadi boss yang baik hati, kacak dan menjaga kebajikan pekerja. Sekarang kita kat bawah, mari kondem orang atas kaw kaw.

Bab mencari kesalahan orang lain, serahkan pada yang pakar. Orang tu dah pencen lapan tahun pun dia boleh cari salah lagi. Hebat tak hebat.  

Itu dululah. Sekarang si Polan sudah besar, sikit. Ilmu ikhtiar hidup pun dah banyak dalam kocek. Sama banyak dengan resit kosong yang dia standby. Polan yg dulu bukanlah yang sekarang. Dia sudah up jawatan tinggi. Tingginya tak lah perlu mendongak sangat. Tak pe, yang penting kuasa dalam tangan.


Siapa datang lambat dia piap piap

Siapa balik awal dia hantam.

Siapa buat salah dia potong gaji.

Siapa melawan dia kena berhenti.


Semua yang dialah kakinya dulu2.


"Kerja tu amanah, mana boleh main2. Lambat 1 minit, lambat satu jam, tetap lambat. Takdenye lambat 1 minit tolak gaji singgit, lambat 1 jam tolak seratus. Hukuman sama, no piley2 kasih" Katanya si Polan kepada wartawan majalah Times.

Si Polan sudah ada pasukan. Sudah ada budak2 sendiri yang dia kena urus. Budak2 tu pulak ada kepala masing2, ada fikiran sendiri. Sekarang baru dia sedar, dalam pasukan sendiri bukan semua sukakan dia.

Yang tak suka tu, kalau nak kenakan si Polan memang kerja mudah. Bila si Polan suruh hantar barang, dia pergi hantar naik motor, dia claim duit minyak macam bawak Skyline. Takpe, bos tak tau. Kalau kantoi pun boss yg kena. Syhhh... Contoh je.

Yang kamceng dengan si Polan pun satu hal. Boss lah paling hemshemm, bosslah paling kachak, bosslah paling sendo. Hebatnya boss cenggini haaaa.

Mentang2 la si Polan baik dgn dia, dilenjan habis keakraban tu, mintak si Polan belanja itu, belanja ini. Takpe, duit company maaa, ape ade hal. Kita penat2 kerja untuk company, maksudnya duit company duit kita jugak....

Nokharomm punya perangai.

Dulu jadi kuli bukan main syok ckp boss mcm2 sbb tanggungjawab dia kurang. Sekarang beban dipikul terasa berat walaupun ditampung kerusi kulit empuk. Bila tanda tangan dia boleh mengubah hidup orang lain. Kiri kanan terasa tekanan, atas bawah ada sogokan.


Kata Stan Lee, "with great power comes great responsibility"

Kata aku, "Ok, paham."



 


 












Saturday, March 15, 2014

Allah... penatnya macam ni..

Hari yang faktab. ....

 Allahurabbi,

 Isnin (10.03.2014) aku mandikan dia,

 lepas beberapa minggu tak kena air,

 kurus dah,

cadangnya nak bagi kat orang,

 untuk adoption..

 kesian tgk dia mcm tu,

 tak terurus,

 takde kawan,

 x sangka x sempat...

 ah.... esoknya dia tak bergerak dah.


 Pagi tadi (Jumaat 14.03.2014) aku nak tanam lepas Subuh,

 keluar rumah,

 hilang.

Sangkar hilang.

Ghaib.

 Allahurabbi,

 manusia... manusia...

 aku hilang Poke,

 aku hilang semua gliders aku

 5 ekor weyh... termasuk Kuntum.

 Maaf Wani x jaga kuntum dengan baik.

 Allahurabbi,

 Kalau nak curi pun angkut la sekali makanan dorg...

 sebelah sangkar je aku letak...

 Ape yg dorg mkn skrg ni... ...

.....

Sunday, February 2, 2014

:)

Si tahi ke ganu, Kerja katenye. Semoga selamat sampai ye. Mampu doa dari kejauhan saje. Si satu makin tembam nampaknye. Diintai dari kejauhan juga. lama sgt dpn komputer tu.. bagus2.. tambah banyak2 sikit kg tu tau... Si kosong x nmpk puler rupenye, Masih kosong atau dah jadi satu.. Hurmm takkanlah jadi satu kan.. kekeke eh, tp nmpk sedap kuih tako tu Cubaan yg ohsem ye. Tahniah. Si adele masih di bank kah? Selalu ajak keluar tp x dpt Maaflaaa.. Bila nak bjimba bersama.. Roger2 lah ye :)

Friday, October 4, 2013

Ini adalah ketenangan


definition of awesome

She laid her eyes on my resume, going through every bit of details in it. She then stopped at one point on the very next page, and gazed her attention towards me.

"So Mr. Firdaus, says here you are majoring in Biology..." She said.

"I am." I said.

"And you are applying for a position that has basically nothing to do with your coursework?"

"Not quite frankly, I'd minor in management, learning the basis if not intermediate in strategic management, OM, insurance. Ditto, HR and finance. A flexible career choice if I may add. It's all in my transcript.. if I could show you"

"Instead of working with the government or militia in a secret lab deep inside mount kinabalu making biological weapons and drugs and... what is that met.. met..."

"Chrystal meth." I continued.

shit. boleh menyampuk plak...

"Chrystal meth.. yess.. that thing.. hahaha."

"And it is actually in the basement, cause inside a mountain is kind of... you know... costly.."

Merepek lagi aku.

"Haa.. now I get it. You want to work here to fund your secret lab incognito right.... ?"

"........ " bunyi cengkerik....

"If I tell you I have to killed you.."

"If you killed me then whose gonna pay your salary?"

"My argument is invalid then" said I.

"Hahahaa, I think we can sums up here. Thank you for coming. We'll call you in a few days"

"Yeah sure, thank you so much Ms. *****"

#throwback #interview 

Some say

:: Some people come into our lives and
quickly go. 

:: Some stay for awhile and leave
footprints on our hearts.

:: And for some... we just want to leave footprints on their face... 

#BecauseOfReasons

Padfoot

:: yakin sgt bukak kabinet terus capai tin x tgk label.. siap g sinki tebuk lagi tu... kan dah merah air teh kau... alahaii.. kempunan teh tarik... penat sgt balik kerja lewat ye pidaos.. T_T









Tuesday, July 23, 2013

PINJAMAN BANK UNTUK MEREKA YANG BEKERJA SENDIRI


Mungkin ini menjadi salah satu tanda tanya kepada mereka yang bekerja sendiri. Maklumlah, berkeja sendiri nie.. manalah ada slip gaji untuk dijadikan bukti pendapatan?
Saya pun pernah menghadapi delima ini, nak beli kereta, nak beli rumah… takkan nak beli cash kot? Rugi rasanya, baik gunakan duit tu untuk benda lain yang lebih bermanfaat seperti mengembangkan perniagan ke? buat pelaburan-pelaburan yang sah dan menguntungkan ke? Itu lebih baik rasanya..
Jadi, bagaimana yer?
Bila baca kat website bank. Mereka kata, mereka perlukan slip penyata gaji! Kalau bagi individu yang bekerja sendiri, perlu kemukakan penyata akaun bank selama 3 @ 6 bulan sebagai bukti pendapatan!
Nasib baiklah saya ada membuat pendaftaran syarikat & juga membuka akaun khas untuk syarikat. (So, bagi anda yang menjalankan SOHO tetapi belum daftar syarikat & belum buka akaun syarikat tu, better anda lakukan segara, nanti kalau nak beli rumah ke kereta ke, senang lah sikit.. :))
Satu persoalan yang timbul di fikiran saya, apakah yang pihak bank “pandang” pada penyata akaun bank tersebut? ? Apakah yang menjadi ukuran? Adakah dari jumlah wang yang terkumpul? Adakah dari baki semasa? Adakah dari jumlah wang masuk? Adakah dari bilangan transaksi?  atau dari status perkahwinan pemiliknya? … Oh!
Jadi, untuk mendapatkan jawapan kepada semua persoalan serta  memuaskan hati…. maka, saya telah pergi ke bank dan berjumpa terus dengan pegawai di bahagian pinjaman mereka… hasil dari perjumpaan tersebut, barulah saya mendapat gambaran yang sebenar. Sementara gambaran tersebut masih jelas~~ maka  saya ingin kongsikan info tersebut  kepada semua pembaca blog ini..
Jadi.. bersedia…..
Jika anda ingin tahu, adakah anda layak atau tidak untuk membuat pinjaman, sama ada untuk membeli rumah atau kereta, dan berapakah jumlah wang yang layak anda pinjam? Penyata akaun bank bagi perniagaan anda memainkan peranan penting..
Apa yang perlu anda lakukan, dapatkan 6 bulan atau 3 bulan penyata bank anda….
Lihat pada jumlah kredit (wang masuk) pada setiap bulan.. abaikan baki semasa dan juga jumlah wang keluar.
Contohnya.
Bulan 1 : RM30,000 jumlah wang masuk
Bulan 2 : RM25,000 jumlah wang masuk
Bulan 3 : RM35,000 jumlah wang masuk
Jadi, purata pendapatan anda ialah : (RM30,000 + RM25,000 + RM35,000) / 3 bulan = RM30,000
(kalau 6 bulan penyata bank, maka bagi 6 lah yer!)
Setelah dapat purata pendapatan, darab pula dengan 20% . Contoh..
RM30,000 X  20%  = RM6,000
Jadi, itulah gaji bulanan anda!
Ya.. itulah anggapan bank tentang wang gaji anda sebagai seorang yang bekerja sendiri..  RM6,000 sebulan
Dari Rm6,000 itu pula,  bank akan mengangap, hanya 60% sahaja yang boleh digunakan oleh anda untuk membayar segala hutang-piutang dalam hidup anda.  Tak kiralah hutang rumah ke? hutang kereta ke? ataupun hutang kredit kad?
Jadi, 60% dari  RM6,000 , ialah = RM3600.
Ini bermaksud, jika anda tidak mempunyai sebarang hutang lagi, maka anda layak untuk membuat pinjaman, dimana, bayaran bulanan bagi pinjaman tersebut ialah RM3600. (Iaitu pinjaman sekitar RM700,000 bagi pinjaman rumah)
Tetapi, jika anda sudah sedia ada hutang rumah, kereta, kad kredit, personal loan seperti  contoh di bawah..
Bayaran bulanan bagi hutang..
1. Kereta = RM1,000
2. Rumah = RM1,000
3. Kad Kredit = RM600
4. Personal Laon = RM500
———————————–
Total  : RM3,100
———————————-
Maka, untuk membuat hutang baru, pihak bank perlu pastikan, bayaran bulanan bagi pinjaman yang anda ingin mohon itu, mestilah  tidak melebihi RM500 ( RM3,600 (60% dari pendapatan) – RM3,100(jumlah bayaran bulanan hutang sedia ada) ).
Kalau pinjaman rumah, boleh beli rumah yang berharga sekitar RM100,000.
Itulah serba sedikit info berkenaan “kelayakan pinjaman bank bagi individu yang bekerja sendiri”… kalau anda ada info tambahan lain, atau jika ingin membetulkan info saya ini (manalah tahu kalau salah ke), harap sudi-sudikanlah untuk berkongsi di ruangan komen blog ini, terutama sekali bagi mereka yang bekerja di bank..

sumber:mahbna.blogspot.com

Thursday, July 18, 2013

b.u.a.h. h.a.t.i

b.u.a.h. h.a.t.i



Final exam dah lepas. Lulus atau tak aku malas nak fikir dah. Ada rezeki, adelah. Paper Neuro, Animal B dengan Immune rasa macam tandaseruhashtagduitperatus. Kehkehkeh.

Sekarang ni aku mau fokus pada buahati. Ngee~~

Kebelakangan ni asyik menumpukan pada beliau. Masa yg dihabiskan menghadap dia aku rasa lagi lama dari masa yg aku luangkan menghafal action potential dan aktiviti seksual kambing (yg tak keluar final. titik).







Perkenalkan... Cik Ampai

Haa... inilah dia buahati aku sekarang. syooomeelll kan beliau? mihmihmih. 

Nama Ampai ni aku terfikir waktu tengah solat terawikh kat Pusat Islam ... haha, nmpk tak betapa tak khusuknya aku time tu. Tapi bukan aku je yg tak khusyuk, si Wani keledek pun rupenye sempat pikio jugak name kedai.... Sweet Talker Dobi... wakakaka, jgn marah ea Wani, at least lg ok la dari...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kedai Runcit Pilihan Ramai... buah haruslah dijual.

wakakaka




Ok2...

Konsep Ampai adalah dobi dan kafe dalam satu kedai. Dah survey kedai2 dobi area KL ngan Shah Alam, setakat ni cuma jumpa satu je kedai yg konsepnye cenggini. Kedai Wash ur Gossips kat Seksyen 15 Shah Alam, sebelah Dataran Automobil. In fact, kedai ni merupakan yg pertama di Malaysia!

Setakat ni belum pernah masuk lagi, usha2 mcm nak rompak dari luar je lah. Konsep dia menarik gila! Laundromat + kafe mcm ni mmg biasa kat luar negara, maksod aku luar yg macam kat Australia dan New Zealand sane nun... bukan luar mcm Thailand, Singapura bagai2... 

Mula2 cadang nak bukak kat Kolej Unikop. Tempat aku carijodoh belajar waktu dip dulu. Lagipun kafe kat situ dah tutup. jadinya ingat nak sewa kafe tu. Tapi malangnya lepas ditanya oleh Wani merangkap rakan kongsi gelap, tempat tu bukan untuk disewakan. Sob..sob... tp disebabkan huruf ada 26 kesemuanya, maka moh le kite beralih ke plan B puler, masih lagi kat area Unikop. ^o^

Bukak bisnes ni salah satu perkara yg aku nak buat sebelum umo 30, tp x sangka plak akan seawal ni dah merancangnya, walaupun ada masa lagi 10 tahun sblm aku cecah 30~ *sila amik baldi merah kat tepi toilet 

Kena kerja keras banyak nak realisasikan benda ni. Rasa seronok sbb bisness ni akan dijalankan secara perkongsian dengan Team 1001. Kurang sikit risiko. Jadi aku harapkan geng2 akan bagi tumpuan dan kerjasama utk jalankan perniagaan ni. Bisnes tak akan jalan setakat cakap mulut. Kita bukan Allah, lafaz Kun fa ya kun tak berdiri megah kedai tu dengan sendirinya.

Banyak nak kena rancang, banyak nak kena buat kertas kerja. Banyak homework kena siapkan. Dan banyak hati yang akan terguris dalam perjalanan tu nanti. Kalau betul2 nak berjaya dengan bisnes ni, aku tagih komitmen sepenuhnya.   

Aku dah ada visi untuk Ampai 5, 10, 20 tahun nanti. Mungkin akan bermula sebagai kedai dobi layan diri biasa, ikut masa, akan tambah modal, akan dikembangkan jadi kafe. Mungkin akan bermula dengan jual makanan sedia hidang... contohnye Pai.... Am + Pai. hew hew hew. Mungkin boleh jadikan Pai sebagai signature dish kita... hoohooo. 


Serius ni.


Nak realisasikan Ampai perlukan modal yang banyak. So, kita teruskan dengan rancangan franchais FC dulu. Lepas pulang modal baru kita kembangkan Ampai. Boleh.


Tak kesahlaaa~~ Nak buat jugak.

Jadi, kepada rakan kongsi sekalian. Mari siapkan bisness plan kita, sebarang progress sila update kat Team.


Terima Kasih.




Monday, January 21, 2013






Always judge the past as if you live in that past. 
That's the right thing to judge an event. 
All I'm saying is, every side has their story. 

History was made by the winner, but it doesn't make it any less truer..



To what a degree the same past can leave different marks-and especially admit of different interpretations. 


I don't know.









firdaus.zakaria